Halaman

Khamis, 14 Mac 2013

Ujian Allah

Assalamualaikum w.b.t...


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kelapangan untuk meneruskan coretan pada kali ini. Semoga coretan ini mampu memberi manfaat dan membantu hati untuk terus bermuhasabah dalam memperbaiki diri. In shaa Allah..

Sering kali kita berputus asa dan mengharapkan sesuatu yang berlaku selari dengan kehendak kita. Kadang-kadang sikap yang tidak sabar muncul mengharapkan nikmat disebalik ujian dari Allah. Pernahkah kita bertanya pada diri, adakah ibadah yang kita lakukan selama ini hanya untuk mengharapkan balasan dari Allah? Adakah ibadat itu ikhlas semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Sang Pencipta? Fikirkan.

JANGAN hanya mendirikan solat sunat dhuha hanya dikala kesempitan rezeki. 
JANGAN hanya mendirikan solat istikharah disaat perlukan jawapan. 
JANGAN hanya mendirikan solat hajat diwaktu mempunyai kehendak dan permintaan. 

Allah sentiasa wujud dan ada. Memerhati dan melihat kita. Bukannya hadir disaat diperlukan.Jangan pernah putus untuk terus mengharap padanya. Sesungguhnya IKHTIAR, TAWAKAL dan REDHA hanya pada ketentuan Allah adalah cukup indah dan manis. 

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157:
“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilahi rajiun” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhan-Nya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Percaturan Allah itu lebih sempurna. Tanpa kita sedar, disebalik kesusahan, mahupun kesenangan yang kita lalui terselit ujian dariNya untuk menguji keimanan kita. Sebagai contoh;

"Pada suatu hari, Ahmad, Abu dan Ali minum di sebuah kedai makan. Sedang mereka berbual, lalu terlihat suatu susuk tubuh seorang wanita yang kurus dan tidak bermaya berjalan di hadapan kedai tersebut bersama-sama dengan dua orang anaknya yang masih kecil. Ahmad, Abu dan Ali hanya memandang sayu kepada mereka yang berlalu pergi. "Kasihan aku tengok tiga beranak tadi," Kata Ahmad. "Itu Limah, suaminya baru meninggal minggu lepas. Mungkin nak ke pekan untuk mencari kerja," Kata Abu. Ali menambah, "Kasihannya, muda-muda lagi dah jadi janda. Allah nak uji. Jom lah, aku nak ke pekan ni, ada kerja. Assalamualaikum!" "Wa'alaikumussalam!" balas Ahmad dan Abu serentak."

Dari situasi diatas, siapakah yang diuji sebenarnya? Adakah Limah dan anak-anaknya? Bukan hanya mereka, yang diuji sebenarnya ialah Ahmad, Abu dan Ali. Mereka jelas dapat melihat kesusahan orang lain, namun tidak sedikit untuk cuba membantu. Mereka boleh membantu dengan memberi sedikit makanan atau sedekah kepada anak-anak tersebut, malah boleh menumpangkan mereka sehingga ke pekan. Namun, mereka memilih untuk tidak melakukan apa-apa. Itulah ujian Allah terhadap hambanya. Ujian hadir dalam pelbagai cara, hanya insan yang benar-benar ikhlas dapat mengharunginya dengan sabar dan redha.

Jom, muhasabah diri. Lihat diri kita, lakukan amalan cukup untuk meraih cinta Allah. Tingkatkan Ibadah, Kurangkan Maksiat. In shaa Allah bahagia dunia dan akhirat..

Semoga Allah Redha..Wassalam..^_^

Rabu, 27 Februari 2013

Bahagia Cara Islam

Assalamualaikum W.B.T

Salam ukhwah, salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang dikasihi dan dirindui. Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara segar pada hari ini. Subhannallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!

Sedikit perkongsian yang menjadi pedoman buat diri saya sendiri. Diperolehi daripada menonton rancangan "Tanyalah Ustazah" yang disiarkan di TV9. Moderatorya ialah Prof. Muhaya, yang tidak asing sebagai seorang pakar motivasi yang sangat saya segani. Alhamdulillah.

Pengisiannya yang utama adalah untuk mendapatkan bahagia di dunia, dan bahagia dan di akhirat. Kehidupan yang bahagia menjadi idaman setiap insan. Sering kita beranggapan bahawa kehidupan orang lain lebih bahagia. Melihat insan lain memiliki kereta yang mewah, rumah yang besar, pangkat yang tinggi, kehidupan yang selesa dari setiap sudut. Timbul rasa rendah diri dalam hati kita bahawa kehidupan kita tidak bahagia. Namun, adakah kita sedar, bahagia yang bagaimana yang kita inginkan? Adakah bahagai seperti yang dimiliki oleh orang lain adalah bahagia yang sebenar? 

Firman Allah dalam Surah Al - Baqarah : 216, 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Ketahuilah, tidak selamanya hal yang kita benci tidak baik dan tak selamanya hal yang baik selalu baik. Sesungguhnya Allah Maha Pemilik Kebaikan yang Abadi. Dan hanya Allah lah yang Maha Mengetahui atas kehendak hati hambanya. 
Prof. Muhaya menyatakan bahawa, kehidupan umpama membina sebuah rumah. Untuk membina sebuah rumah, bukankah memerlukan rumah, memerlukan arkitek, memerlukan pelan dan memerlukan pengiktirafan pembinaannya.
      • Rumahnya adalah Kita
      • Arkiteknya adalah Rasulullah S.A.W
      • Pelannya adalah Al-Quran dan As- Sunnah
      • Pengiktirafannya adalah Allah (Redha Ilahi)
Jika rumah yang dibina tidak mengikut arkitek yang melakar pelannya, bagaimana rumah tersebut akan mendapat pengiktirafan? (Fikirkan..) 

Oleh itu, mari kita semak diri dan tanya diri kita:
  1. Adakah hari-hari kita yang berlalu dengan melihat kepada kelebihan orang lain tanpa menghargai kelebihan peribadi?
  2. Adakah kita bersyukur dan redha dengan setiap ujian yang diberikan pada kita?
  3. Adakah sering merungut dan mengeluh?
  4. Adakah kita mendekatkan diri pada Allah sebaik ujian menimpa?
  5. Apakah amalan kita ikhlas kerana Allah atau sekadar untuk mendapatkan ganjaran dariNya?
Wahai para ibu, para bapa, para suami, para isteri dan anak-anak sekalian, kehidupan didunia yang membahagiakan akan menghasilkan kehidupan akhirat yang membahagiakan. Jadilah ibu bapa yang penyayang dan berlaku adil. Jadilah suami isteri yang saling membahagiakan dan taat. Jadilah anak-anak yang besyukur dan patuh. Sesungguhnya, pilihan di tangan anda.

Benar, tidak mudah untuk mendapatkannya, namun, tidak mustahil bagi kita untuk melakukannya. Sentiasa tanamkan nilai positif dalam diri. Jangan menganggap bahawa ujian itu suatu masalah, anggap bahawa ia sebagai tanda kasih sayang dan ingatan Allah pada kita. Syukur, kerana setiap ujian yang hadir adalah kunci kekuatan diri kita. Dekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya, hikmah disebalik ujian tersembunyi nikmat yang cukup manis. Itulah hadiah dari Allah buat hambaNya yang sabar dan redha dengan setiap ketentuanNya

Binalah Baitul Muslim untuk mencapai bahagia dunia dan bahagia akhirat, In Shaa Allah.
Jom, kita sama-sama bertaubat nasuha, memohon perlindungan dari Allah daripada sikap-sikap negatif yang akan memberi nilai negatif buat iman, roh, jasad dan hati kita. 

Salam Muhasabah. Semoga Allah redha..Wassalam..:)

Ahad, 24 Februari 2013

Pilihan di Tangan Anda..

Assalamualaikum W.B.T..

Semasa saya melayari laman-laman di internet, terpandang pada beberapa keping gambar yang menonjolkan beberapa orang muslimah yang menggayakan pelbagai fesyen-fesyen hijab yang terbaru. beraneka warna, dan pelbagai corak, yang nyata mampu menarik dan memancing nafsu seorang wanita untuk membeli dan mencuba (sedikit sebanyak mendorong kepada tabarruj). 

Siapa yang tidak suka pada kecantikan.Menjadi cantik dan menghias diri agar menjadi cantik, sememangnya menjadi naluri seorang wanita. Ada yang mudah terpengaruh dan meniru untuk menjadi seperti ikon yang dilihat cantik tersebut. Semata-mata hanya untuk cantik! 

Cantik ini subjektif kata orang. Mungkin benar. Perkara yang bagi kita tidak cantik, namun bagi orang lain, mungkin tidak sama pada pandangan kita. 

Kerenah muslimah masa kini berfesyen untuk mengikut perkembangan aliran fesyen semasa. Namun, pernahkan mereka terfikir bahawa pemilihan fesyen dan hijab yang mereka gayakan menepati kehendak syara' atau tidak. Adakah fesyen Islamik yang digembar-gembur pada hari ini benar-benar memenuhi tuntutan Islam yang sebenar?

Satu sudut yang boleh dipuji terhadap fenomena ini ialah, mampu menarik ramai wanita untuk mendekatkan diri untuk berhijab. Namun adakah niat mereka berhijab adalah benar kerana Allah? Wallhua'lam. Islam telah menggariskan etika dan cara untuk 'berfesyen' yang sangat simple dan mudah. Jika ditanya anak-anak kecil, mereka juga mampu menjawabnya dengan senang. Apa dia anak-anak?
  1. Tudung perlu melepasi dada (nanti nampak dada or leher..maluuu)
  2. Jangan buat sanggul yang tinggi-tinggi (nanti orang ingat kita alien) :p
  3. Pakai pakaian yang tidak ketat, jarang atau nipis (nanti nampak bentuk badan..seksi...).
  4. Tutup aurat kaki dengan memakai stokin (pakai kasut pun boleh kalo kain kita labuh) dan menutup lengan dengan memakai "stongan" jika baju tersebut tidak berkancing dilengan.
Lihat,mudahkan? Tidak perlu kita bersusah payah mengejar setiap fesyen terbaru semata-mata untuk kelihatan cantik di mata orang lain. Kerana bagi wanita cukup jika dia dipandang cantik oleh suami yang dicintai. Itu lebih bermakna.

Jadi, mari kita muhasabah diri bersama-sama. Satu permulaan yang kecil belum tentu tidak membawa kepada hasil yang besar. Jom ubah diri. Tepuk dada tanya iman..

Semoga Allah Redha..Wassalam..:)

Hijab..Pelindung Aurahku...

Assalamualaikum w.b.t..

Salam Ukhwah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang dikasihi. Alhamdulillah, syukur pada Allah, masih memberiku nafas berselimutkan jasad yang sempurna. Meneruskan coretan kali ini keranaNya...

Wanita..Islam mengangkat martabat wanita di tempat yang paling tinggi. Wanita menjadi ciptaan Allah yang cukup indah. Seperti mana sabda Rasulullah S.A.W: 


       "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah,"
(HR Muslim).

Begitu tinggi nilainya seorang muslimah disisi Islam. Wanita diberikan keistimewaan, dan 'mahkota' yang perlu dijaga, seperti mutiara di dasar lautan. Terpelihara rapi dengan perlindungan cengkerangnya, agar keindahannya yang sebenar hanya dapat dilihat dan dihargai oleh pemiliknya yang hakiki. Begitu indah bukan?

Itulah aurah. Sesuatu yang tidak perlu dipamer atau dikongsi dengan yang bukan hak. Sesuatu yang cukup istimewa yang hanya perlu menjadi tatapan insan yang bergelar suami. Ia menjadi bukti kasih sayang dan cinta seorang isteri buat si penakluk hatinya. Lihat saja kisah bagaimana seorang peninju tersohor, Muhammad Ali menasihati anak-anak perempuannya agar berhijab;


Satu insiden yang berlaku apabila anak perempuan Muhammad Ali tiba di rumahnya memakai pakaian yang agak mendedahkan. Berikut adalah cerita seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada anak-anak perempuannya:

Apabila kita tiba dirumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila, dan saya sehingga ke dalam rumah.

Seperti biasa, ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah.

Ayah saya melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu. 

"Hana, segala-galanya yang dicpta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat.

Di manakah kita boleh dapat berlian? Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi.

Di manakah kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cangerang yang indah.

Di manakah kita boleh dapat emas? Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. "

Dia memandang saya dengan mata yang serius. 

"Tubuhmu suci wahai anakku. Kau jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga. "

Allah menyukainya hambanya yang berusaha dan berikhtiar. Sentiasa bersabar, In Shaa Allah redha Allah bersama-sama kita..:)

Jadi, di mana tempat kita? Pilihan di tangan anda...Semoga Allah redha..Wassalam..:)





Sabtu, 23 Februari 2013

Sebuah Pesanan Buat Diri


Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah, ku bersyukur masih dipanjangkan umur. Masih diberi kesempatan untuk menikmati hidup sementara. Coretan ini sebagai pemula, sebagai 'cop' untuk mengingatkan diri siapa ku pada saat coretan ini ditaip. Semoga Allah redha dengan warkah ini, sebagai pedoman buat sahabatku diluar sana.:)

Coretan ini berkisar tentang Hidayah (bukan tuju nama orang tau). Hidayah itu milik Allah. Dia tidak akan memberi hidayahNya kepada seseorang dengan mudah. Seringkali, kita melihat gelagat manusia yang menyalahkan Allah di atas setiap musibah yang berlaku terhadap dirinya. Tidakkah dia terfikir, mengapa musibah itu terjadi? Terdapat satu kisah untuk renungan bersama...
        
Seorang tukang gunting sedang menggunting rambut seorang pelanggannya. Seorang Muslim. Mereka berbual tertang pelbagai perkara. Sehingga beralih ke topik Tuhan. Tukang gunting ini kemudia berkata "Saya tidak percaya Allah itu ada". 

Pelanggan itu terkejut, tetapi cuba untuk bersikap biasa. Dia bertanya, "Mengapa tuan berkata begitu?" 

Tukang gunting membalas "Cuba tuan diluar sana", sambil tangannya menunjukkan kepada seorang pengemis yang sedang menadah tangan mengharapkan simpati. 

Lalu dia menambah, "Kalau Allah itu ada, tidak akan ada sakit atau kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Allah yang Maha Penyayang akan membiarkan semua ini berlaku". 

Pelanggan itu hanya berdiam dan tidak memberikan respon. Setelah selesai menggunting, pelanggang tersebut berdiri dan berkata "Tuan, sebenarnya TIDAK ADA TUKANG GUNTING DIDUNIA INI..!

Tukang gunting terperanjat dengan kenyataan pelanggannya itu. "Mengapa tuan berkata begitu? Saya tukang gunting. Saya ada di sini. Saya baharu sahaja selesai menggunting rambut anda", ujarnya tukang gunting mempertahankan diri.

"Tidak!" balas pelanggan itu lagi. "Tukang gunting itu tidak ada. Jika tukang gunting itu ada, lihat saja pengemis tadi. Rambutnya panjang, kusut masai dan tidak terurus. Mana ada tukang gunting!" 

Tukang gunting itu membela dirinya, " Apa yang tuan lihat itu SALAH MEREKA SENDIRI. Mengapa MEREKA TIDAK DATANG KEPADA SAYA untuk bergunting, bercukur, merapi diri?" 

"Saya setuju, saya setuju!" Kata pelanggan tersebut. 

Tukang gunting kehairanan dengan perilaku pelanggannya itu. "Maksud tuan apa? Saya tidak mengerti." 

Pelanggan itu menjawab "Tuan, Tuhan itu ada, Tapi apa yang terjadi sekarang manusia TIDAK DATANG KEPADANYA dan TIDAK MAHU MENCARINYA. Oleh itu, berlaku banyak kesusahan dan kesakitan ditimpa kepada mereka." 

Tukang gunting terdiam terkedu. Dia mula sedar bahawa selama ini dia tidak mencari Allah malah telah bersangka buruk pada Allah. Tukang gunting ini dibukakan pintu hatinya dengan Hidayah Allah untuk kembali taat pada Allah.

Ingat la, jangan dihitung apa yang Allah beri kepada kita, tapi hitunglah apa amalan kita kepada Allah. Allah tidak pernah membezakan hamba-hambaNya. Meski kita ditimpa ujian yang berbeza, Allah lebih mengetahui yang mana yang terbaik buat kita. Sebagai hambaNya sudah menjadi kemestian kita diuji. Tetapkan keyakinan pada ALLAH, tabah menghadapi segala ujianNya dan bersyukur dengan segala nikmatnya.

Semoga Allah redha..wassalam..:)